CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
UTK SEBARANG TEMPAHAN ,SILA LIHAT JADUAL. UNTUK KELAS ASAS COKLAT , HANYA DIADAKAN PADA HARI SABTU/AHAD SAHAJA.

Notes : AVAILABLE - BOLEH TERIMA TEMPAHAN, FULLBOOK - TEMPAHAN PENUH , LIMITED - HANYA TEMPAHAN DLM KUANTITI YG KECIL , OFF DAY - TIDAK MENERIMA SEBARANG TEMPAHAN

Jadual DJ BAKERY

ANNOUNCEMENT !!!

1) PENGEPOSAN HANYA AKAN DILAKUKAN PADA HARI RABU SAHAJA.

2) TEMPAHAN CREAM PUFF DITUTUP SEMENTARA ATAS SEBAB2 TEKNIKAL


NO MORE DELIVERY SERVICE..ONLY SELF PICK UP..TQ

November 23, 2010

Stop Child Abuse

Macam menarik je kan tajuk kat n3 ni..mesti mcm pelik kan.tetiba je DJ BAKERY ni buat n3 pasal Child Abuse ni plak..hehehehhe..ekceli, ni adalah salah satu peraduan yang dianjurkan oleh pihak nuffnang..dan sudah tentu hadiahnya sangat menarik - SONY CYBERSHOT W190..hehehhehe..actually, saya tergerak nak membuat n3 ni bukan disebabkan hadiahnya tapi kerana saya nak menyokong kempen yang dibuat oleh United Nations Children's Fund (UNICEF) - Get on board and Stop Child Abuse. And saya x kisah pun wether menang ke kalah ke , yang penting, kita support kempen2 yang macam ni utk kesedaran semua. (kalau nak bagi menang, tapak tangan saya tadahkan..hehehhee)
Ni about child abuse atau dalam bahasa melayu nya penderaan kanak2. Yang mana sekarang ni dah semacam menjadi satu trend untuk mendera kanak-kanak sehingga membawa maut. Secara amnya, saya sendiri sebagai ibu kepada 3 orang anak , saya sendiri x sanggup nak pukul anak2 sehingga membawa kecederaan pada mereka. Saya kesian sebab mereka ni hanyalah anak2 kecil yang x mengerti apa2 dan tidak berdosa. Yang mereka tau, bergembira tanpa ada rasa resah , risau kerana dunia mereka penuh berwarna warni & ceria.
And kebetulan, dalam tahun ni but can't remember bulan berapa tapi kalau u uolls semua masih ingat, kes kanak2 yang meninggal dibelasah & ditendang di kawasan padang bola oleh teman lelaki ibunya. Seriously, saya rasa hukuman yg dijatuhkan oleh pihak mahkamah sangatlah bertepatan dengan kesalahan yang dilakukan. Dan yang paling saya terkejut, ibu kepada kanak2 tu boleh pulak membela teman lelaki yg telah membunuh anaknya. Dia kata teman lelakinya tidak bersalah & tidak sengaja serta sayangkan arwah anaknya itu..LOGIK KE TAK LOGIK?.. Hishhhhh..kalau saya, dah lama saya buang teman lelaki macam tu. Tu baru sorang dia bunuh, nanti kalau dah kawin, tah berapa ramai pulak kanak2 nak dibunuh..Ni belum masuk lagi kes-kes pembuangan bayi yang sekarang pun dah jadi trend untuk dibuang merata2 macam sampah. Sedangkan bayi yang dilahirkan itu, adalah lebih bersih & suci dari sebarang dosa dari orang2 yang membuangnya.
Saya masih ingat lagi pepatah lama berkata "Sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak, inikan pula manusia yang sememangnya Tuhan telah kurniakan akal fikiran yang waras." Kenapa kita hidup bertopengkan binatang tapi mempunyai tubug manusia?Kepada pendera2 di luar sana, takkan selamanya kamu bermaharajalela..Ingatlah, satu hari nanti kamu akan terima jua pembalasan atas perbuatan kamu..Marilah kita semua sama2 mengangkat tangan dan berkata 'STOP CHILD ABUSE'. ANAK ITU ADALAH ANUGERAH TUHAN..

unicef

0 comments: